Menarik

Masalah longkang tersumbat dapat perhatian Latif

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif Tambi telah turun padang bagi melihat permasalahan longkang tersumbat di Taman Kasturi, Kampung Tengah.

Abd Latif berkata, beliau mendapat laporan bahawa longkang tersumbat dan menyebabkan bau busuk kepada penduduk sekeliling.

“Saya dapati air yang bertakung tersebut berpunca daripada longgokan sampah sarap di dalam longkang sehingga mengganggu kelancaran air untuk mengalir.

“Saya akan berjumpa pihak berwajib untuk menangani masalah ini sebelum keadaan bertambah buruk,” ujar Abd Latif.

 

Show More

Related Articles

Back to top button