Berita
Masjid baru bakal dibina di Taman Bukit Kepayang
BUKIT KEPAYANG: Sebuah masjid baharu bakal dibina dengan kos RM3.66 juta.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, masjid tersebut bagi memenuhi keperluan penduduk tempatan yang mempunyai masjid dan surau yang terhad.
“Masjid tersebut bakal siap sepenuhnya pada November 2024.
“Masjid ini juga berkeluasan 415 meter persegi dan dijangka mampu menampung jemaah sehingga 360 orang pada satu-satu masa.
“Dalam masa sama, masjid memainkan peranan utama sebagai institusi ta’dib dan tarbiyyah untuk menyemai nilai-nilai murni Islam,” kata Aminuddin.
Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Pecah Tanah Cadangan Pembinaan Masjid Baru Taman Bukit Kepayang.