Berita

Masjid Sikamat dinaiktaraf sebagai Masjid Daerah Seremban

SEREMBAN: Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat telah dinaiktaraf sebagai Masjid Daerah Seremban oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, masjid tersebut mempunyai fasiliti yang sangat lengkap untuk masyarakat melakukan aktiviti pengimarahan masjid.

“Masjid ini mempunyai kawasan letak kenderaan yang luas, dewan serbaguna terbuka, Sekolah Agama Rakyat dan lot kedai.

“Faktor kepadatan penduduk juga mempengaruhi pemilihan masjid ini.

“Selain itu, terdapat 22 surau dalam kawasan lingkungan yang membuatkannya sesuai untuk dijadikan sebagai masjid daerah.

“Besarlah harapan saya agar, masjid ini terus diimarahkan oleh para jemaah, sesuai dengan statusnya sebagai masjid daerah,” kata Aminuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.

Aminuddin menambah, tandas masjid ini akan dibaikpulih, dindingnya akan dicat semula serta karpet akan ditukarkan dengan karpet yang baharu,” ujar Aminuddin.

Turut hadir, Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Ismail Ahmad; Exco Pembangunan Belia dan Sukan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Dato’ Mohd Zaidi Ramli.

Show More

Related Articles

Back to top button