BeritaProgram

MB Negeri Sembilan, Aminuddin tanding di Port Dickson

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun akan bertanding di Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 Oktober ini.

Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR), YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan demikian di Jelajah Harapan Negeri Sembilan di Bandar Dataran Segar, Lukut sebentar tadi.

Anwar merupakan penyandang Ahli Parlimen Port Dickson.

Sementara itu Aminuddin berkata, beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson pada PRU-15 ini.

“Saya akan mempertahankan Port Dickson dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk setempat,” kata Aminuddin.

 

Show More

Related Articles

Back to top button