BeritaMenarik

Aminuddin kongsi pengalaman zaman pelajar 

REMBAU: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah berkongsi pengalaman ketika belajar di Institut Teknologi Mara (ITM) bersama Mahasiswa UiTM Kampus Rembau.

Aminuddin berkata, pelbagai pengalaman pahit manis dilalui pada ketika itu.

“Saya masih ingat pengalaman ketika ingin mendaftarkan diri di ITM Melaka, di mana saya menaiki bas awam dari Port Dickson ke Melaka kerana tiada kemudahan pada waktu itu.

“Saya juga perlu menyewa di rumah kedai bersama rakan-rakan saya yang lain.

“Walaupun begitu, saya tidak berputus asa dan tetap berusaha untuk terus belajar.

“Hal ini kerana ini semua merupakan pengalaman yang membantu kita menjadi orang yang lebih baik pada masa akan datang,” ujar Aminuddin.

Aminuddin turut menasihatkan para pelajar sekiranya keputusan yang diperoleh tidak cemerlang jangan mudah berputus asa.

“Ia adalah kerana kekuatan yang ada pada diri kita untuk terus bangkit dan terus berjaya.

“Asbabnya adalah kita yang menentukan siapa yang kita akan jadi pada masa akan datang,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button