Berita

Muafakat tonggak kestabilan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan

Sambutan Ulang Tahun Ke-3 Pencapaian PH Negeri Sembilan pada 13 Jun 2021

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Aminuddin Harun berkata, pemuafakatan dan kerjasama di kalangan tiga parti komponen Pakatan Harapan menjadi tonggak kestabilan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Aminuddin berkata demikian kepada Negeri Kita di Majlis Berbuka Puasa Bersama Kepimpinan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di Kediaman Rasmi beliau malam kelmarin.

Terlebih dahulu Aminuddin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

“Seperti biasa kita telah membincangkan pelbagai perkara termasuk perkara yang ada kaitan dengan kepentingan dan kebajikan rakyat.

“Pakatan Harapan Negeri Sembilan sentiasa komited untuk membangunkan negeri ini dan kita sentiasa muafakat dan kerjasama dalam apa jua usaha yang kita lakukan demi kemakmuran Negeri Sembilan,” ujar Aminuddin.

Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan

Sementara itu Aminuddin berkata, Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan mengadakan konvensyennya pada 13 Jun ini.

“Konvensyen ini akan diadakan serentak dengan sambutan Ulang Tahun Ke-3 Pencapaian Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan pada hari yang sama,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, YB Loke Siew Fook dan Dato’ MK Ibrahim Abdul Rahman; Naib Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, YB Dato’ M.Ravi, YB Dato’ Mohd Taufek Abdul Ghani dan YB P.Gunasekaren.

Hadir sama wakil Amanah Nasional, YB Khalid Abdul Samad.

Pakatan Harapan terdiri dari Amanah, DAP dan KeADILan.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button