Berita

Kerajaan PH Negeri Sembilan sumbang RM786 ribu kepada institusi sekolah Tahfiz

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan menyumbang RM786,650 kepada Persatuan Institusi Tahfiz dan Pondok Negeri Sembilan (PINTA/PINTAS).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyerahkan cek tersebut kepada PINTA/PINTAS di majlis berbuka puasa bersama institusi sekolah agama Islam swasta dan tahfiz di Kediaman Rasmi Menteri Besar malam kelmarin.

“Pada tahun ini Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan menyumbang dana berjumlah RM786,650 kepada PINTA/PINTAS berbanding RM402,000 pada tahun 2020.

“Besarlah harapan Kerajaan Negeri agar Negeri Sembilan terus subur dengan doa dan amal para huffaz serta ‘alim ulama yang menegakkan syiar Islam, Insya Allah,” ujar Aminuddin yang juga ADUN Sikamat.

Para jemputan terdiri daripada pimpinan Sekolah Rendah Islam Seremban, Sekolah Menengah Islam Seremban serta pusat tahfiz yang bernaung di bawah PINTA/PINTAS.

Show More

Related Articles

Back to top button