Berita

Bakri berhasrat tawan Gunung Kilimanjaro

KLAWANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Dato’ Bakri Sawir berhasrat untuk menawan Gunung Kilimanjaro pada September.

Bakri berkata, kejayaan beliau ketika melakukan pendakian ke Kem Induk Everest (EBC) dan Puncak Lobuche Timur pada 2019 menjadi pembakar semangat beliau untuk sampai ke puncak gunung tertinggi di benua Afrika di Tanzania.

“Ekspedisi tersebut telah dirancang sejak tahun lalu bersama rakan pendaki termasuk Ketua Polis Negeri Sembilan, Dato’ Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dan berharap agar ia menjadi kenyataan.

“Sekiranya berjalan lancar saya akan bersama rakan lain akan mula ekspedisi ke Tanzania pada 12 September ini.

“”Usia bukanlah menjadi penghalang buatnya untuk meneruskan hobi mendaki supaya kekal sihat dan berharap perancangan ekspedisi itu dipermudahkan.

“Dalam pada itu, saya juga merancang untuk mendaki Gunung Tahan buat kali ketiga bersama satu kumpulan pendaki melalui laluan Kuala Tahan-Kuala Tahan (K2K) yang merupakan tiga kali lebih mencabar berbanding laluan Merapoh-Merapoh (M2M),” kata Bakri.

Show More

Related Articles

Back to top button