Jangan biarkan haiwan ternakan berkeliaran

SEREMBAN: Pemilik haiwan ternakan seperti lembu, kerbau, kambing dan lain-lain diingatkan supaya tidak membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran.
Majlis Bandaraya Seremban menyatakan bahawa, sekiranya pemilik didapati membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran, tindakan tegas akan diambil.
Hal ini demikian kerana, ia menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk setempat selain meningkat risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya.
Tindakan tegas seperti sitaan serta-merta dan lelongan haiwan ternakan di tempat awam akan dilakukan.
Dalam pada itu, pemilik haiwan juga akan didakwa di mahkamah.
Orang ramai yang mempunyai aduan mengenai masalah ini boleh mengemukakan aduan melalui SISPAA mbseremban.spab.gov.my atau hubungi secara atas talian di 06-7654444.