BeritaMenarik

Lampu di Pasar Besar Seremban akan dihidupkan hingga pukul 2 petang

SEREMBAN: Lampu-lampu di Tingkat 1 Pasar Besar Seremban akan dihidupkan sehingga 2 petang setiap hari untuk membolehkan kawasan pasar sentiasa dalam keadaan cerah dan selesa kepada peniaga dan pengunjung.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar berkata, sebelum ini lampu-lampu hanya dihidupkan sehingga 10 pagi sahaja.

“Tetapi pada pagi yang cuacanya tidak baik keadaan pasar menjadi lebih gelap.

“Setelah mendengar beberapa aduan dan cadangan, pihak Majlis Bandaraya Seremban juga akan mengambil tindakan untuk menaik taraf beberapa kemudahan di pasar ini,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button