Aktiviti

Musliadi beri sumbangan kewangan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Jempol

JERAM PADANG: Tuan Musliadi Sabtu telah memberi sumbangan kewangan kepada Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol.

Musliadi berkata, sumbangan tersebut bagi membantu meringankan kos perbelanjaan kelab tersebut yang akan mengadakan pertandingan koir.

“Pertandingan koir akan diadakan pada 4-5 Ogos dan bertempat di Klana Resort, Seremban.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu melancarkan pertandingan tersebut,” kata Musliadi.

Sumbangan tersebut diberikan kepada Wakil Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, Encik Idham dan Encik Effendy.

Show More

Related Articles

Back to top button