Berita
800 Rumah Mampu Milik akan dibina di Mantin
NILAI: Sebanyak 800 unit Rumah Mampu Milik (RMM) bakal dibina di Mantin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar berkata, RMM tersebut akan dibangunkan di atas tanah seluar 60 ekar milik Perbadanan Negeri Sembilan@NS Corp.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 160 unit Type A berharga RM80,000, 120 unit Type B dan 520 unit Type C akan dibina.
“Projek RMM ini mampu membantu keluarga yang kurang berkemampuan bagi memiliki rumah sendiri,” kata Arul Kumar.
Turut hadir, Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan merangkap Pengerusi NS Corp, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek.