Menarik
Musliadi hulur bantuan kewangan kepada Tabika Perpaduan Taman Sri Rompin
JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu menyampaikan sejumlah bantuan kewangan kepada Tabika Perpaduan Taman Sri Rompin.
“Sumbangan ini bagi penganjuran Majlis Hari Graduasi Kanak-Kanak Tabika dan Penghargaan Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP).
“Majlis tersebut akan diadakan pada 25 Februari di Kelas Tabika Perpaduan Taman Sri Rompin.
“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan kos penganjuran majlis,” kata Musliadi.
Sumbangan diterima oleh wakil guru Tabika Perpaduan Taman Sri Rompin, Puan Siti Hadijah.