Menarik
Nasir agih Biasiswa Anak Negeri kepada 96 pelajar DUN Bagan Pinang
BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman telah memberikan Biasiswa Anak Negeri kepada 96 pelajar kurang kemampuan di Auditorium Pejabat Daerah Port Dickson.
Nasir berkata, pelajar akan menerima biasiswa sebanyak RM500 seorang.
“Biasiswa ini merupakan inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan bagi membantu pelajar dari keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500.
“Semoga biasiswa ini dapat digunakan sebaiknya oleh penerima,” kata Nasir.
Turut hadir, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson, Puan Zarina Ismail; YDP PIBG SMK Bukit Saujana, Puan Arah dan Pengetua SMK Bukit Saujana, Encik Ahmad Jais.