Berita

Nasir ambil inisiatif wujudkan pusat penjaja

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman bersama Yang DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Encik Mohd Zamri Mohd Esa, telah menyerahkan lesen berniaga kepada penjaja yang telah berjaya di dalam sesi temuduga.

“Sembilan lesen telah diserahkan di Pusat Penjaja Taman Sunggala Hartamas manakala lapan lagi lesen telah diserahkan di Pusat Penjaja Pantai Bagan Pinang.

“Tahniah kepada penjaja yang telah mendapat lesen dan lokasi yang selesa untuk berniaga,” ujar Nasir.

Usaha pembinaan pusat penjaja ini adalah inisiatif Nasir sendiri dengan kerjasama MPPD dalam usaha untuk menjadikan pantai Port Dickson lebih kemas dengan infrastruktur yang terancang.

“Selain itu membuka peluang kepada penduduk tempatan untuk menjana pendapatan,” kata Nasir lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button