Berita

Nasir santuni pemohon TUNS

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman mengadakan sesi bertemu pemohon Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) di Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang.

Nasir berkata, pertemuan ini adalah untuk mengenali dan mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan peniaga kecil yang memerlukan bantuan ini.

“Saya juga menerangkan inisiatif dan bantuan lain yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

“Semoga pemohon-pemohon ini mendapat bantuan TUNS tersebut,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button