Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan
SEREMBAN: Sebagai salah satu usaha menggalakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan dalam kalangan masyarakat, FAMA Negeri Sembilan melaksanakan Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan.
Langkah ini diambil kerana pengambilan makanan tersebut sewaktu pandemik Covid-19 amat digalakkan bagi meningkatkan imuniti badan.
Untuk makluman, kempen tersebut melibatkan pelbagai program seperti:
i. Pertandingan Masakan Sayur-Sayuran Kreatif
ii. Jualan Terus Dari Ladang
iii. Jualan Promosi Buah Tembikai
iv. Jualan Produk Indsutri Makanan
v. Uji Rasa Produk dan Jus Tembikai
vi. Jualan Istimewa dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Paroi
Semoga kempen seperti ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan dalam kehidupan seharian.