Menarik

Rafie hulur bantuan makanan kepada keluarga dikuarantin

AMPANGAN: Kebelakangan ini, didapati kes Covid-19 telah sedikit meningkat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek berkata, walaupun rata-rata kes yang dilihat tidak membawa kepada kemerosotan kesihatan yang kronik tetapi masyarakat perlu berhati-hati.

“Justeru, Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan tetap berusaha untuk menghulurkan bantuan makanan khususnya barangan keperluan dapur kepada individu atau keluarga yang terpaksa dikuarantin akibat jangkitan Covid-19.

“Usaha ini adalah di atas keprihatinan kita kepada mereka yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan barangan dapur kerana tidak dibenarkan keluar dari rumah masing-masing.

“Untuk mengelakkan kemungkinan terjangkit, petugas Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan akan meletakkan barangan tersebut di hadapan rumah mereka setelah menghubungi penerima lebih awal untuk memaklumkan kita akan menghantar barang bantuan,” kata Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button