Berita
Nasir santuni warga emas Tionghua sempena Tahun Baru Cina
BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman mengedarkan 50 set kuih tradisi Cina, limau Mandarin dan Angpau kepada warga emas Tionghua sempena Tahun Baru Cina di Balai Raya Teluk Kemang.
“Pada tahun lepas, warga emas ini menyambut tahun baru tanpa kehadiran keluarga dan anak-anak mereka disebabkan PKP.
“Tahun ini, Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang mengambil ruang untuk menghidupkan suasana Tahun Baru Cina agar warga emas ini semakin gembira untuk menyambutnya sementara menunggu kepulangan anak-anak mereka.
“Terima kasih kepada wakil penduduk setempat Encik Tiew Tien Cheong, yang memudahkan urusan kami.
“Terima kasih juga kepada MPKK Kampung Teluk Kemang yang menjadi tuan rumah untuk menguruskan majlis ini,” kata Nasir.