Berita

Veerapan sumbang ‘Angpau’ kepada 500 keluarga Tionghua

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam telah menyampaikan sumbangan bakul makanan dan ‘Angpau’ kepada 500 keluarga Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Semoga tahun baru ini membawa tuah, kesihatan yang baik dan kebahagiaan kepada seluruh keluarga yang menyambutnya.

“Saya mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua warga Cina di Malaysia dan Negeri Sembilan khususnya.

“Saya menyeru masyarakat Tionghua menyambut Tahun Baru Cina ini dalam norma baharu dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dalam usaha kita memutuskan rangkaian Covid-19 di Malaysia,” kata Veerapan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan.

Veerapan mengesyorkan kepada orang ramai mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina.

Show More

Related Articles

Back to top button