Menarik

Pesta Kebangsaan Kebudayaan Cina suburkan warisan dan budaya Cina

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengalu-alukan usaha Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan (DPCNS) yang bakal menganjurkan Pesta Kebangsaan Kebudayaan Cina.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pesta tersebut dianjurkan dengan hasrat menyebarkan kesedaran dalam kalangan generasi muda berkenaan warisan dan budaya cina.

“Kerajaan Negeri mengalu-alukan usaha ini yang dilihat mampu menarik lebih ramai pelancong dan seterusnya menjana industri pelancongan negeri.

“Saya ingin mengingatkan semua agar terus mengekalkan semangat muhibah dan permuafakatan yang telah terjalin sejak sekian lama.

“Perpaduan ini lah yang membolehkan kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunan yang teratur untuk kesejahteraan hidup rakyat dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

“Semoga Tahun Baru Cina pada tahun ini membawa kedamaian dan kesejahteraan kepada rakyat di Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia amnya,” kata beliau.

Aminuddin berkata demikian dalam Majlis Pertemuan Mesra Tahun Baru Cina 2022 DPCNS yang diadakan di Royale Chulan Seremban pada Khamis.

]

 

Foto: Nabil Syafiq

 

Show More

Related Articles

Back to top button