Berita

Nasir sumbang RM1,000 kepada masjid dan surau di Bagan Pinang

BAGAN PINANG: Masjid Taman Desa PD serta Surau At-Tahirayah Wal Ishakiyah di Kampung Si Rusa masing-masing menerima sumbangan RM1,000 daripada Penyelaras DUN Bagan Pinang Tuan Nasir Raman.

“Diharapkan sumbangan ini dapat membantu pihak masjid dan surau untuk menjalankan aktiviti sepanjang Ramadhan.

“Semoga malam-malam Ramadhan tahun ini terus subur dengan ibadah,” kata Nasir.

Nasir berbuka puasa bersama Jawatankuasa Masjid Taman Desa PD dan bersolat jemaah.

Kemudian beliau solat Isyak dan terawih di Surau At-Tahirayah Wal Ishakiyah ditemani Setiausaha MPKK Kampung Si Rusa, Tuan Raja Sarajuddin.

 

Show More

Related Articles

Back to top button