Berita

Geran Khas RM345,000 kepada 69 Kampung Orang Asli

BAJET 2023: Sejak tahun 2019, Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan Geran MPKK sebanyak RM5,000 setiap tahun.

Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Ismail Ahmad berkata, walaubagaimanapun geran ini hanya terhad kepada kampung-kampung tradisional sahaja.

“Sehubungan itu, bagi menzahirkan rasa kebersamaan dan rasa hormat kepada masyarakat Orang Asli, Kerajaan Negeri meluluskan Geran Khas Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPPKOA) sebanyak RM5,000 kepada setiap 69 buah kampung Orang Asli yang berdaftar dengan peruntukan sebanyak RM345,000.

“Semoga dengan pemberian geran ini, dapatlah JPPKOA menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan komuniti,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button