Berita

Nasir sumbang RM1,000 kepada SMK Dato’ Haji Abdul Samad

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Abdul Samad (SDASA).

Nasir berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pihak sekolah yang mengadakan program ke Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Saya berharap sumbangan ini membantu meringankan beban pihak sekolah.

“Saya berdoa agar perjalanan mereka pergi dan pulang dalam keadaan selamat,” kata Nasir.

Show More

Related Articles

Back to top button