Berita

PRU-15: Aminuddin cuti dua minggu

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, beliau akan mengambil cuti dari 5 hingga 19 November ini.

“Saya akan mengambil cuti bermula hari penamaan calon (Sabtu, 5 November) sehingga hari pengundian pada 19 November.

“Ini bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan antara tugas rasmi dan politik sepanjang tempoh berkempen untuk Parlimen Port Dickson bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Hanya pada hari Rabu sahaja saya akan bekerja bagi mempengerusikan Mesyuarat Exco.

“Hal ini supaya tiada sebarang konflik kepentingan antara tugas rasmi dan politik.

“Saya juga tidak akan menggunakan sebarang kenderaan jabatan sepanjang saya bercuti,” kata Aminuddin yang merupakan calon Pakatan Harapan Parlimen P132 Port Dickson.

Show More

Related Articles

Back to top button