Menarik

Nasir sumbang RM2,000 kepada Pertubuhan Khairat Kematian dan Kebajikan

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman menyumbang RM2,000 kepada Pertubuhan Khairat Kematian dan Kebajikan Kampung Baru Si Rusa.

“Sumbangan ini adalah bagi menjalankan aktiviti pertubuhan termasuk kebajikan,” kata Nasir.

Nasir berkata demikian pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Ke-35 Pertubuhan Khairat Kematian dan Kebajikan Kampung Baru Si Rusa di Masjid Kariah Kampung Baru Si Rusa.

Seramai 80 orang menghadiri mesyuarat tersebut.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Baru Si Rusa, Tuan Ghazaly Zakaria.

Show More

Related Articles

Back to top button