Berita

Aminuddin sumbang RM542,700 kepada sekolah Tahfiz

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyampaikan sumbangan berjumlah RM542,700 kepada Persatuan Institusi Tahfiz dan Pondok NS (PINTA/PINTAS).

“Sumbangan ini adalah sumbangan tahunan Kerajaan Negeri Sembilan kepada Institusi Tahfiz seluruh negeri yang bernaung dibawah PINTA/PINTAS.

“Institusi tahfiz serta badan dakwah di Negeri Sembilan sentiasa diraikan kerana mereka memainkan peranan besar dalam menegakkan syiar Islam.

“Besarlah harapan saya agar institusi tersebut terus berkembang dalam mendidik masyarakat Islam di seluruh negeri, Insyah Allah,” kata beliau.

Aminuddin berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan kewangan kepada PINTA/PINTAS pada majlis berbuka puasa bersama NGO dakwah Islam di Kediaman Rasmi beliau.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button