Berita

Nasir sumbang RM2,000 kepada SK Kampung Baru Si Rusa

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman telah menyumbang RM2,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa

Nasir berkata, sumbangan ini bertujuan membantu pihak sekolah dan PIBG bagi menjalankan program untuk pelajar.

“Semoga sumbangan ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar sekolah ini.

“Sudah dua tahun pelajar tidak menjalani proses pembelajaran secara bersemuka akibat pandemik Covid-19.

“Oleh itu, guru-guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memastikan para pelajar berada di landasan yang betul,” kata Nasir sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-18, Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa.

Turut hadir, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, Encik Mustaza Sapiai dan Pengerusi MPKK Kampung Baru Si Rusa, Encik Mohd Ghazaly Zakaria.

Show More

Related Articles

Back to top button