Menarik

Warga emas OKU terima kerusi roda dari Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah memberi sumbangan kerusi roda kepada warga emas kurang upaya (OKU) Muniammah Rajoo, 76, di Taman Bukit Sri Senawang.

Gunasekaren berkata, Puan Muniammah menghidap penyakit strok dan tinggal bersama suami dan menantunya perempuannya merupakan seorang ibu tunggal.

“Terima kasih juga kepada Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon kerana membekalkan kerusi roda tersebut.

“Semoga sumbangan ini dapat memudahkan urusan harian mereka,” kata Gunasekaren.

Turut hadir Pembantu Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Saudara Minnal dan Saudara Muganthan serta Pegawai DUN Seremban Jaya Saudari Jothi.

Show More

Related Articles

Back to top button