Berita

PKNNS mampu laksana manifesto Pakatan Harapan: Aminuddin

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) hari ini berbeza dengan perbadanan terdahulu.

Hal ini kerana, selama empat tahun PKNNS telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang ditawarkan dalam manifesto Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

“Antara manifesto tersebut adalah Rumah Harapan Rakyat untuk mereka yang berpendapatan rendah, Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) dan beberapa projek rumah mampu milik dibina dengan kerjasama PKNNS.

“Hasil daripada urus tadbir yang bagus, PKNNS berjaya meningkatkan rizab mereka yang mampu membantu perbadanan tersebut beroperasi dengan lancar.

“Besarlah harapan saya agar generasi muda yang ada di PKNNS kini sentiasa memberikan khidmat terbaik dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan.

“Insya Allah, sama-samalah kita bergerak sederap selangkah dalam memastikan PKNNS menjadi sebuah perbadanan yang berdaya saing,” kata Aminuddin sewaktu menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya PKNNS di Klana Resot, Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button