Menarik

PIBG disaran mencorak pembangunan pelajar sekolah: Aminuddin

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin berkata, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) amat penting dalam mencorak pembangunan pelajar sekolah yang berjaya.

“Komitmen ibu bapa hadir ke perjumpaan PIBG merupakan langkah pertama untuk merealisasikannya.

“Jika PIBG mampu bergerak dengan cemerlang dan mendapat kerjasama yang baik dari ibu bapa, maka pelbagai penambahbaikan dan kemajuan dapat dilaksanakan di sekolah.

“Besarlah harapan saya agar semua ibu bapa dapat memberikan komitmen bagi menggerakkan persatuan ini untuk kebaikan anak-anak,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-10 Sekolah Kebangsaan Taman Warisan Puteri, di Dewan Orang Ramai Taman Perwira, Sikamat.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button