Berita
Negeri Sembilan bakal mewujudkan Zon Perdagangan Bebas di MVV 2.0
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan bakal mewujudkan Zon Perdagangan Bebas (FTZ) di MVV 2.0.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan bagi tujuan tersebut.
“Walaubagaimanapun, kita kena cari tapak (parcel) yang sesuai dan mengkaji model perniagaan apa yang sesuai untuk diletakkan dalam zon FTZ di MVV 2.0.
“Kita kena tengok perniagaan apa yang sesuai di FTZ dan melihat keperluan perindustrian, perniagaan biasa atau perniagaan intergrated (industri, pusat komersial dan pusat membeli belah),” kata beliau.
Aminuddin berkata, usaha untuk mewujudkan FTZ di MVV 2.0 akan diteruskan termasuk membawa masuk pelabur bagi menjayakan projek tersebut.