Berita
50 keluarga Kristian terima sumbangan barangan asas daripada Latif
GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi telah memberi sumbangan barangan asas kepada 50 buah keluarga Kristian yang kurang berkemampuan di Dewan Terbuka Taman Regent.
Abd Latif berkata, sumbangan tersebut bagi membantu mereka membuat persiapan menjelang Hari Natal yang akan tiba.
“Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mereka,” kata Abd Latif.