Berita

Negeri Sembilan tubuh Majlis Perundingan Pendidikan dan TVET

BAJET 2023: Melihat kepada peningkatan jumlah pelaburan yang diterima dalam tempoh empat tahun ini, Kerajaan Negeri Sembilan optimis bahawa dalam tempoh lima tahun akan datang, Kerajaan Negeri bakal menerima limpahan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor industri pembuatan dan perkhidmatan.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek berkata, Kerajaan Negeri perlu bersedia menyediakan pasaran tenaga separuh mahir yang mencukupi kepada industri dalam bidang TVET.

“Kerajaan Negeri akan menubuhkan sebuah Majlis Perundingan TVET Negeri Sembilan bertujuan untuk menyelaraskan modul dan kursus yang ditawarkan oleh institusi-institusi TVET di Negeri Sembilan seperti Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara dan Kolej Yayasan Negeri Sembilan.

“Penubuhan Majlis Perundingan TVET Negeri Sembilan akan menambah baik penyelarasan lanskap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Negeri Sembilan.

“Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh jaringan dan kolaborasi sedia ada dan merapatkan jurang di antara permintaan dan penawaran tenaga kerja, menyediakan graduan yang menepati keperluan industri, meningkatkan kualiti institusi TVET, memperkukuh penawaran program berorientasikan industri dan memperhebat keterlibatan aktif industri,” jelas Mohamad Rafie.

Inisiatif ini akan diterajui oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

Show More

Related Articles

Back to top button