Berita

Negeri Sembilan belanja RM10 juta bina Rumah Harapan Rakyat

Bantu golongan berpendatan rendah memiliki rumah sendiri

REMBAU: Rumah Harapan Rakyat (RHR) merupakan inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk membantu golongan berpendatan rendah untuk mempunyai rumah sendiri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pembiayaan pembinaan RHR adalah RM78,000 seunit dan pemohon hanya perlu membuat bayaran balik sebanyak RM60,000 selama 30 tahun dengan amaun serendah RM200 sebulan.

“Sebanyak 120 buah rumah sedang masih dalam proses pembinaan dan dibahagikan kepada dua fasa.

“Fasa satu 60 buah rumah, dan fasa dua 60 buah rumah.

“Sebanyak RM10 juta dibelanjakan bagi membina Rumah Harapan Rakyat ini,” kata Aminuddin di Majlis Perasmian dan Penyerahan Kunci Rumah Harapan Rakyat di Rembau.

Dalam pada itu, Aminuddin sempat menyerahkan kunci rumah kepada Puan Noor Azura Moktazar di Kampung Senama Masjid, Rembau yang merupakan salah seorang pemohon.

“Rumah Puan Noor Azura adalah yang pertama siap dan rumah lain juga dijangka siap dalam tempoh tahun ini.

“Insya Allah, Kerajaan Negeri Sembilan akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat Negeri Sembilan,” tambah Aminuddin.

Turut hadir, EXCO Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button