Berita

Aminuddin lancar Billboard LED di Rembau

REMBAU: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah melancarkan Billboard LED di Rembau.

Aminuddin berkata, projek pemasangan Billboard LED di setiap daerah merupakan salah satu manifesto Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

“Setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diperuntukkan RM500,000 bagi melaksanakan projek pemasangan LED seumpama ini di setiap daerah.

“Langkah ini selari dengan usaha Kerajaan Negeri dalam melestarikan pembangunan di Negeri Sembilan.

“Billboard ini akan dimanfaatkan bagi mewar-warkan aktiviti dan inisiatif Kerajaan Negeri serta dijadikan sebagai sewaan ruangan iklan atau pengumuman,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata, Billboard ini akan berfungsi dari pukul 7.00 pagi hingga 11.00 malam.

“Permohonan untuk pengiklanan di Bilboard ini, boleh berhubung dengan Majlis Daerah Rembau

“Saya juga berharap warga tempatan dapat memanfaatkan Dataran Waterfront Rembau dengan melakukan aktiviti riadah,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Pelancaran LED Billboard Daerah Rembau dan Perkhidmatan Bas Henti-Henti Luar Bandar (RENTAS NS) Daerah Rembau dan Tampin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button