Berita

Cha beri sumbangan kewangan kepada SK Labu Ulu

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin telah menyerahkan sumbangan kewangan kepada Sekolah Kebangsaan Labu Ulu.

Cha berkata, sumbangan tersebut bertujuan untuk menampung kos penganjuran Ladap Perdana Jaringan Pintar yang bakal dianjurkan pada hujung bulan ini.

“Memberi peruntukan dalam bidang pendidikan sentiasa menjadi keutamaan saya.

“Hal ini kerana, pendidikan merupakan sektor yang bakal merencanakan masa depan anak-anak kita.

“Saya sentiasa berpandangan bahawa kita bertanggungjawab dalam mencorakkan masa depan mereka,” kata Cha.

Sumbangan tersebut diberikan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Labu Ulu di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Rasah.

Show More

Related Articles

Back to top button