Menarik

Warga emas terima katil mudah laras dari Ismail

LABU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad telah memberi sumbangan katil mudah laras kepada warga emas, Encik Abdul Kader Kadir Maidin, 82, di Kampung Kering, Batu 8, Labu.

Ismail berkata, tulang paha kanan Encik Abdul Kader patah akibat terjatuh.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu melancarkan pergerakan dan memudahkan urusan beliau.

“Terima kasih kepada semua Pengerusi dan Jawatankuasa MPKK yang sentiasa mengambil berat serta prihatin terhadap kebajikan penduduk,” kata Ismail.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Kubang, Encik Ismail Aneepa; Pengerusi MPKK Kampung Batu 10, Encik Hamerudin Abdul Ghani, dan Pengerusi MPKK Kampung Lambar, Encik Khamis Musa.

Show More

Related Articles

Back to top button