Berita

Negeri Sembilan catat perbelanjaan MARRIS tertinggi pada 2022

SEREMBAN: Negeri Sembilan sekali lagi mencatatkan perbelanjaan MARRIS tertinggi pada tahun lalu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pada tahun lalu perbelanjaan MARRIS dicatatkan sebanyak 140 peratus.

“Ini merupakan kali kedua Negeri Sembilan sebagai negeri tertinggi perbelanjaan MARRIS setelah kali pertama pada 2019.

“Sekaligus membuktikan bahawa pihak Kerajaan Negeri amat serius untuk memberikan keselesaan kepada rakyat di negeri ini.

“Saya juga berharap agar dengan perbelanjaan tersebut dapat meningkatkan infrastruktur bukan sahaja di bandar malahan di luar bandar.

“Walau bagaimanapun, jumlah sebenar akan diberitahu dalam masa terdekat,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button