Berita

Negeri Sembilan Kedua Terbaik SPM, kekal rekod enam tahun berturut-turut

SEREMBAN: Negeri Sembilan berjaya mengekalkan kedudukan kedua terbaik di Malaysia dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selama enam tahun berturut-turut.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, beliau melihat usaha gigih warga pendidik di Negeri Sembilan dalam perjuangan mendidik anak-anak murid bagi menghadapi peperiksaan SPM 2021 serta cabaran dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah semasa pandemik Covid-19.

“Sesi persekolahan sebelum ini penuh dengan cabaran dan kekangan setelah negara dikejutkan dengan penularan Covid-19.

“Alhamdulillah atas dasar keprihatinan terhadap situasi ini, Kerajaan Negeri Sembilan telah melaksanakan satu inisiatif baharu iaitu pemberian peranti pintar bagi keluarga yang benar-benar memerlukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

“Perancangan pada asalnya adalah sebanyak 3,200 peranti.

“Namun apabila melihat situasi semasa, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan 4,470 peranti (tambahan 1,720 peranti) kepada pelajar yang benar-benar memerlukan di seluruh Negeri Sembilan,” kata beliau.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Hari Guru Negeri Sembilan di Klana Resort, Seremban.

Turut hadir, Exco Pendidikan Negeri Sembilan, YB Dato’ Mohamad Rafie Abd Malek.

 

Show More

Related Articles

Back to top button