Menarik

Petani terjejas banjir terima sumbangan kewangan daripada Bakri

REMBAU: Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Jabatan Pertanian, YB Dato Ir.Bakri Sawir telah memberi sumbangan kewangan kepada Encik Soffee.

Bakri berkata, Encik Soffee merupakan petani yang terjejas akibat banjir tahun lalu yang menyebabkan beliau mengalami kerugian besar.

“Sumbangan ini merupakan Bantuan Ehsan Banjir Negeri Sembilan bagi membantu mereka yang bekerja di sektor pertanian dan industri makanan dapat meneruskan perniagaan.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban beliau untuk meneruskan perniagaannya,” kata Bakri.

Sumbangan tersebut diberikan di Program Hari Ladang di Homestay Astana Raja.

Turut hadir, Exco Pembangunan Belia dan Sukan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abd Ghani; Penyelaras DUN kota, Tuan Muhammad Aliff Ibrahim; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Dr. Redzuan dan Pegawai Pertanian Daerah Rembau, Puan Azizah.

Show More

Related Articles

Back to top button