Berita

Negeri Sembilan layak ke final Piala Vivian May Soars

SEREMBAN: Pasukan hoki wanita Negeri Sembilan telah berjaya menewaskan pasukan National Development Team (NDT) dengan agregat 13-1 di pusingan separuh akhir dan seterusnya layak ke final Piala Vivian May Soars.

Kejayaan ini merupakan satu sejarah kerana buat pertama kalinya pasukan hoki wanita Negeri Sembilan layak ke liga TNB MHL dan juga layak ke perlawanan akhir Piala Vivian May Soars.

Negeri Sembilan bakal bertemu dengan pasukan KPT-Uniten Thunderbolts di perlawanan akhir kelak.

Show More

Related Articles

Back to top button