Berita

Peristiwa Israk dan Mikraj cukup penting beri iktibar kepada umat Islam

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah mengadakan program Haflah Al-Quran sempena Sambutan Israk dan Mikraj Daerah Seremban di Masjid Dato’ Klana Petra Mohd Yusof, Sikamat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, antara intipati haflah adalah kepentingan solat.

“Sebagai umat yang dihadiahkan anugerah solat oleh Allah SWT sempena peristiwa Israk dan Mikraj, sejauh manakah kita menghargai ibadah tersebut?

“Insyah Allah, semoga kita menjadi hamba Allah SWT yang sentiasa menjaga dan menghargai solat.

“Saya turut menyampaikan sumbangan Ihya’ Ramadhan kepada semua masjid dan surau di DUN Sikamat bagi tujuan pengimarahan menjelang bulan Ramadhan.

“Semoga sumbangan tersebut dimanfaatkan sebaiknya oleh masjid dan surau tersebut,” kata Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button