BeritaMenarikProgram

Negeri Sembilan luluskan RUU Perbekalan Tambahan 2023

SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri telah meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan untuk mengeluarkan wang sebanyak RM8.96 juta daripada Wang Disatukan Negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, peruntukan tambahan tersebut adalah bertujuan menampung kekurangan peruntukan akibat Kenaikan Gaji tahunan (KGKT) Tambahan Khas, Bantuan Khas Kewangan (BKK) dan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 serta bayaran balik hutang kepada Kerajaan persekutuan.

“Oleh hal yang demikian, Kerajaan Negeri telah bersetuju membuat peruntukan tambahan sebanyak RM8.96 juta bersamaan 1.63 peratus daripada Belanjawan 2023 yang berjumlah RM550 juta,” kata Aminuddin di Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Ke-15 pada Khamis.

Show More

Related Articles

Back to top button