Berita

Negeri Sembilan mahu jajaran ECRL melibatkan Jelebu, Nilai dan Putrajaya

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan agar mengekalkan jajaran asal East Coast Railway Link (ECRL) yang melalui Jelebu, Nilai dan Putrajaya.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri yakin pengekalan jajaran asal mampu memberi impak kepada pembangunan dan ekonomi di kawasan yang terlibat.

“Di samping itu, Kerajaan Negeri turut bercadang untuk membina sebuah Inland Port ataupun pelabuhan darat di Nilai yang akan bersambung terus dengan Port Klang.

“Kerajaan Negeri berharap agar pihak Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan cadangan ini di masa akan datang demi kebaikan rakyat Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia amnya,” kata Aminuddin.

 

Foto: Facebook Loke Siew Fook & Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button