Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita

Negeri Sembilan sediakan 80 ekar lot tanah kediaman untuk Generasi Kedua Felda

BAJET 2023: Kerajaan Negeri Sembilan akan menyediakan lot tanah bagi membina kediaman untuk Generasi Kedua Felda.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, penyediaan lot tanah ini akan melibatkan seluas 80 ekar iaitu 50 ekar tanah dalam kawasan Felda di daerah Jempol dan 30 ekar tanah lagi dalam kawasan Felda di daerah Tampin.

“Inisiatif baharu ini dilaksanakan melalui kaedah penyediaan lot-lot tanah untuk tapak rumah bagi generasi kedua dan ketiga FELDA.

“Inisiatif ini akan dilaksanakan di atas tanah milik Kerajaan Negeri yang sepatutnya diserahkan oleh Felda sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian,” kata Aminuddin.

Lot kediaman bersaiz 4,000 kaki persegi

Aminuddin berkata, tanah-tanah yang dikenalpasti akan dipecahkan kepada lot-lot kediaman bersaiz 4,000 kaki persegi untuk diberikan kepada generasi kedua dan ketiga Felda yang layak bagi memastikan mereka mempunyai peluang untuk memiliki kediaman sendiri dalam gugusan Felda sedia ada.

“Alhamdulillah pada 6 Oktober 2022 yang lalu saya telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Lot Kediaman Felda Generasi Kedua di Felda Palong 12.

“Sehubungan itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM350,000 bagi kerja-kerja awal penyediaan lot-lot tanah generasi kedua Felda pada tahun 2023.

“Insya-Allah, semoga usaha ini berjalan lancar dan generasi kedua Felda bakal memiliki lot tanah kediaman sendiri,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button