Berita

Persatuan penduduk perantara penduduk dengan wakil rakyat

NILAI: Peranan persatuan penduduk adalah sangat penting dalam sesuatu kawasan perumahan yang menjadi penghubung antara penduduk dengan wakil rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar berkata, persatuan penduduk sangat penting yang berfungsi sebagai perantara membawa sebarang masalah di kawasan perumahan kepada pengetahuan beliau.

“Melalui Persatuan Penduduk Taman Andalas Mantin, pelbagai isu dan keperluan penduduk seperti bantuan telah dibawa ke pengetahuan saya.

“Beberapa isu seperti penurapan jalan dan masalah banjir di Taman Andalas Mantin sedang berada dalam perhatian Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan tindakan sewajarnya sedang diambil,” kata Arul Kumar dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3, Taman Andalas Mantin.

Show More

Related Articles

Back to top button