Berita

Negeri Sembilan sudah kenal pasti kawasan perlombongan REE

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato Seri Aminuddin Harun berkata, walau bagaimanapun Kerajaan Negeri masih menunggu ‘Standard Of Procedure’ daripada Kerajaan Persekutuan.

“Hal ini supaya pengeluaran unsur tersebut dapat dilaksanakan dengan teratur dan dapat memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Sembilan khususnya.

“Selain itu kita juga tidak mahu tanpa prosedur yang betul ia boleh merosakkan alam sekitar serta membawa kepada kerugian.

“Dalam masa sama, kita juga dapat mengawal pengeluaran dan dapat diseragamkan bersama Kerajaan Pusat,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button