Berita
Warga emas terima sumbangan kewangan daripada Gunasekaran
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya YB.P.Gunasekaren telah menyerahkan sumbangan kewangan RM200 kepada seorang warga emas, Encik Mohd Jamil Unus.
“Sumbangan ini diberikan bagi meringankan kos perubatan beliau.
“Semoga sumbangan kewangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban beliau,” kata Gunasekaren.
Sumbangan diserahkan oleh Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Puan Jamilah Said Ali yang mewakili Gunasekaren.