Berita

Negeri Sembilan tawar RM10,000 kepada golongan petani belia

Peruntukan RM500,000 galak penglibatan petani muda

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan memperuntukkan RM500,000 bagi menggalakkan penglibatan golongan petani muda.

Exco Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan, YB Dato’ Ismail Ahmad berkata, Kerajaan Negeri menawarkan geran pada kadar maksimum RM10,000 seorang bagi menggalakkan penglibatan golongan petani muda dan belia yang ingin mengusahakan dan memperluaskan projek pertanian tetapi kekurangan modal.

“Bagi pelaksanaan tahun ini, seramai 58 petani muda luar bandar telah mendapat manfaat daripada geran ini,” kata Ismail di Persidangan Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 hari ini.

Ismail berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, YB Suhaimi Kassim berhubung prestasi Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan dalam memberi inisiatif kepada masyarakat luar bandar tanpa mengira kaum dan bangsa atau yang seumpamanya?

Show More

Related Articles

Back to top button